Isnin, 25 Januari 2010

JEJAK KU DI PADANG

16.01.2010.....SEKTOR Jaminan Kualiti JPN Johor.... menganjurkan program kunjung bantu - menyampaikan bantuan kemanusiaan - untuk DINAS PENDIDIKAN..... Padang Pariaman ..... khusus untuk sekolah rendah (SD), menengah(SMP/SMA), pasentren (sekolah pondok)...dan masjid.

Rombongan JPN ini diketuai oleh Y.BBHG Tuan Pengarah sendiri..... 46 ahli rombongan terdiri dari wakil Majlis Guru Besar Johor, PKPSM, Pegawai Jabatan, Pemberita dan Sektor Islam serta SJ Kualiti sendiri.

Jam 3.10 Penerbangan ADK474 Air Asia membawa kami dari LCC Sepang dan selamat mendarat jam 3.10 waktu Sumatera Barat @ 4.10 Malaysia ( 1 jam penerbangan) . Alhamdulillah..... sertamerta talian hp.... berubah.... 017******* tak berfungsi....... sms boleh guna untuk ke talian 017 (cintaku)...... tapi caj rm5.00 satu sma.

Rombongan dibawa ke Bukit Tinggi..... untuk bermalam.... Jauh perjalanan (4 jam) dan kami diberi hidangan tempatan..... lapar.... makan..... cuaca sejuk atas bukit..... pergunungan MARAPI. Malam tu tidur lena w/pun ada rakan-rakan yang keluar melihat suasana malam Bukit Tinggi.

17.01.2010..... Ahad..... Rombongan bergerak meninjau kesan Gempa yang melanda Padang Pariaman pada 30 Sep.2009.... kira-kira 100 hari yang lalu. Sambil itu dapat menyaksikan keindahan alam semulajadi Padang..... Negeri Minang yang subur dan indah.
Dapat kita rasai bagaimana penghidupan di bumi bertuah ini.... sawah padi bertingkat-tingkat..... subur ! tidak ditinggalkan kosong. Rumah comel-comel.... rapat-rapat..... kolam ikan .... aliran air yang sentiasa mengalir jernih.... sejuk...... air gunung.....

kawasan Bukit Tinggi tidak jelas kesan gempa....... Tiba di Padang Pariaman...... "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"....... Rumah retak, Runtuh sebelah, tersembam, ranap..... terjunam, terpersuk kedalam bumi..... atau ada antaranya tak terjejas langsung miskipun rumah sebelah musnah...... kuasa Allah..... memberi peringatan..... petunjuk : antara percaya / tidak. tak ketinggalan bangunan masjid, surau, deretan kedai gedong..... hotel, bank..... jalan merkah terbelah..... bukit runtuh..... gelunsur : Tertimbus..... lenyap dari keadaan asal.

18.01.2010 Rombongan JPN menghadiri taklimat gempa di UNIVERSITAS ANDALAS......
terdapat 360 mahasiswa malaysia (perubatan) di sini..... semuanya selamat.

Bergerak ke Dinas Pendidikan Padang....... Mohon izin menyampai bantuan......
Kami berpecah dua kumpulan...... Kumpulan 1 di ketuai Pengarah JPN Johor ( ramona di sini)
kumpulan 2 diketuai oleh Timbalan Pengarah JPN Johor. Cara ini boleh mempercepatkan pergerakan kami mengunjungi sekolah yang telah dikenalpasti.

Dari sebuah-ke sebuah sekolah kami pergi..... bantuan di hulur...... kerusi meja baru...... kami belikan dan siap letak cap (Jabatan Pelajaran Johor).....Ada yang dapat komputer...... Kasihan terlalu banyak sekolah yang terjejas...... kami tak berdaya nak bantu semua..... mana-mana yang tersangatlah teruk jejasnya baru kami bantu.....

jam hampir 5;00 waktu tempatan.... masih ada lagi sekolah yang kami kunjungi...... dari jauh kami nampak kawasan LURAH MAHSYAR....... dimana 3 kampung tertimbus akibah gelunsur dari tiga lereng bukit...... menjadi kubur besar...... merobah terus landskap kawasan itu...... kami cuba hampiri kawasan itu tapi gagal..... tak apa lah.jam 10 malam kami pulang ke hotel ...... hotel ini belum sempurna .... sedang dibaikpulih..... ... selesai misi bantuan kemanusiaan kami.

19,01.2010..... jam 8;00 kami meninjau seluruh bandar Padang ...... hari bekerja- hari persekolahan...... sibuk benar bandar ini ..... hiruk-pikuk...... anak-anak tetap bersekolah miskipun sekolah mereka tidak sesempurna sekolah kampung kita.

Kesan runtuhan akibah gempa terdapat di mana-mana...... antaranya sedang dibaiki..... ada yang tinggal tapaknya sahaja - dalam usaha membersih dan bangunkan semula. jalan yang terbelah berlubang dan merkah..... masih ternganga..... bangunan selamat mendapat pelekat hijau..... pelekat kuning maknanya bangunan boleh dibaiki dan didiami semula...... jika mendapat pelekat merah..... bangunan itu tidak selamat dan akan diruntuhkan.

kami singgah di pasar..... orang ramai berjualan seperti biasa..... kerja mesti dibuat..... rezki mesti dicari..... pelancung berbelanja...... macam orang kampung juga.... macam-macam beli.... guna matawang tempatan: ribu, puluh ribu, ratus ribu atau juta.....

jam 12;00 kami berada semula di hotel, cekout..... dan menuju lapangan terbang minangkabau..... sampai jam 2;00 penerbangan ditangguh...... duduk minum kopi secawan harga 9000 kuih karipap sekeping 4000. jadi orang kaya kita belanja 10 minit 13000. KIRA-KIRA JAM 5;00 penerbangan AJL475 Air Asia meninggalkan lapangan terbang Minangkabau. Kami tinggalkan Padang Pariaman dengan isicerita dukanya penuh kenangan.
jam 6;55 kami mendarat di LCC Sepang cepat lima minit. ..... Alhamdulillah.......

Hujan emas di negeri orang......

Ya ALLAH..... Dengan KEkuasaanMu Yang Maha Berkuasa...... Kau Hindarkan Kami dari Bala' Bencana...... Limpahkan Rahmat Mu Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Kaya , Pengasih dan Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan