Ahad, 29 November 2009

Harap masih sempat.

Hari ini 29 Nov 2009, hari ke3 Aidil Adha . Jam 6:27 pagi tersadar dari lena yang panjang..... pantas ada tugas yang belum selesai...... masih sempat....!!!.... Doa harian aku panjatkan...... untuk ibubapa, untuk anak-anak untuk isteriku dan aku.......


jam 7:30 pagi...... suasana damai ( kampung ....) burung-burung sedang sibuk senamrobik.... sambil tertinjau-tinjau mangsa ..... macam pergi pasar...... aku terpaku depan tv: berita jam 7:30. ..... kesah kematian dari bot karam...... tentu ada yang tak sempat dibuat atau ditunaikan oleh mangsa........ jadi sejarah pada keluarga yang tinggal.


Cintasayangku sedang buat sarapan di dapur, sempat tak aku jamah sarapan itu..... hukum akal tentu boleh.... jarak masa tak lama... sebentar lagi tentu siap. Aku akan bersarapan ( lempeng kegemaran dengan kuah gulai ikan) : Hukum ALLAH..... tidak dapat dianjak jika tiba masanya. Ya Tuhan berilah kesempatan itu.


Selesai sarapan.... sempat aku berbual dan bergurau seperti biasa.... sempat juga aku makan beberapa keping lempeng..... sedap.ALHAMDULILLAH.


semoga aku masih ada kesempatan / peluang mengisi masa yang sentiasa berlalu... amin.


Sabtu, 28 November 2009

Demi Masa

Kesedaran yang mendalam , meletak diri ku ini seperti tidak berharga. Mengingat masa lalu begitu kosong tanpa cebisan kebanggaan. Nak bawa insan lain untuk dihargai .... seperti menipu keupayaan sendiri. Diri sendiri tidak berupaya mencari titik-tolak agar dihargai.

Demi masa...... aku tidak mahu terus dalam kerugian.....(>>>sesungguhnya manusia dalam kerugian) .......

Jumaat, 27 November 2009

muqaddimah..

Buat seorang insan..setiap catatan hidup ialah penanda kembaranya yang ditandai pula oleh cebisan riwayat dan peristiwa..untuk itu,maka bermadahlah masa~~