Rabu, 17 Februari 2010

MENCARI MASA yang hilang

Baharu semalam aku merancang sesuatu untuk hari ini.
alangkah senangnya merancang
walaupun akan membangun sebuah kota mutiara
walhal dalam poket cuma sekeping syiling nilai terendah

alangkah mudah membuat lakaran
gah tersergam jika benar ujud binaan kelak
walaupun segenggam pasir saja terkumpul sejak kelmarin
itupun jadi singgahan si mieut menimbus bekas.

aku masih punya dayakeinginan
menjadi lebih baik dari hari ini
walaupun esok yang datang masih tidak merobah apa-apa
kerana ku tau
ada sedetik masa yang pasti ku jumpa
masih ku cari mana menghilang.

Sabtu, 6 Februari 2010

MARI TERUS BELAJAR...

Alangkah ruginya kalau ada perkara yang masih kita tidak tau..... walhal orang lain sudah lama tau. yang ruginya kita sendiri. (padan muka aku....) macam cerita pak tahu......


Pak Tahu merupakan seorang yang rajin berkerja. Tak kiralah apa sahaja kerja .... asalkan boleh menambah rezeki ..... tapi halal. Pak Tahu ada seorang isteri yang jelita. Apa gred jelitanya kita tak perlu cakap dulu. Cuma namanya saja kena ikut nama suami..... maka si jelita itu dipanggil Mak Tahu. Alhamdulillah tersangat bahagialah hidup suami isteri ini. Erti kebahagiaan itu bertambah bermakna bila mereka dikurniakan seorang cahayamata montel.... gebu..... putih melepak..... bernama TAHU.


Suatu hari yang cerah, angin kering bertiup dari arah barat. Berkibar bendera kemegahan negara di hujung tiang depan balai raya kampung Pak Tahu. Pak Tahu tak tahu angin itu angin barat.... dia tak ambil tahupun pasal arah angin, dia bukan nelayan yang nak naikkan layar untuk belayar ke tengah laut. Pak Tahu pun tak tahu yang terikat di puncak tiang itu bendera kebanggaan orang kampung termasuk dia dan seluruh rakyat lain. Pak tahu tak tahu macammana nak huraikan rasa bangga ada bendera itu. Malang sungguh tak ada orang yang beritahu Pak Tahu apa yang mereka tahu .


Suatu pagi yang nyaman, di celah kokokan si biring ayam jantan kesayangan Tahu, tampillah makcik Mak Tahu di muka pintu rumah Pak Tahu, kunjungan ini bukan apa sekadar nak tahu apa perkembangan hidup anak buah nya. Saja nak ambil tahu, nanti orang kata tak ambil tahu pula. kan tak baik. Pak Tahu terdengar bunyi tapak kaki kematu Makcik Mak Tahu Isteri nya yang juga Atuk Saudara Tahu anaknya. Dia sangat tahu tumit kaki Mak cik Mak Tahu pecah-pecah macam rekahan tanah sawah ketika kemarau tahun lepas. Pak Tahu sangat tahu tepi tumit itu warna gelap tanda sangat lasak menghentak bumi tanpa alas ketika berjalan keliling kampung. Bunyi tapak kaki itu memberi tahu Pak Tahu bahawa Atuk Saudara Tahu itu sudah berada di muka pintu dapur rumah Pak Tahu. Pak tahu memberitahu Mak Tahu perihal kedatangan Atuk Tahu di muka pintu. Mak Tahu macam buat tak tahu ajee. Pak Tahu tak tau kenapa Mak Tahu buat tak tau itu. Pak tahu bertanya "wahai Mak Tahu , awak tak tahu kee atuk Tahu ada depan pintu dapur...???" Mak Tahu menjawab "Tahu..... semalam lagi dia dah beri tahu nak datang..." sambil mengetatkan simpulan kain di pinggang .


Heran betul Pak Tahu, kenapa Atuk Tahu datang pagi-pagi tung-tung...Mak Tahu tak bagi tahu dia walau semalam dah dapat tahu. tentu ada rahsia yang dia tak tahu . Mengapa Mak Tahu berahsia tak bagi tahu sedangkan dia Sebagai Pak Tahu yang sah suami Mak Tahu yang juga bapa si Tahu.


Pening kepala Pak Tahu...... ( baik berhenti rehat....

Jumaat, 5 Februari 2010

KEMBALI MENYINAR

LAMA JUGA ..... baru dapat masuk.

Satu perkara yang nak disebut..... dah sebulan tahun 2010.... dah masuk bulan ke 2... hari ini saja dah 5 haribulan.... 5/28 hari...... tinggal 23 hari lagi untuk fabuari..... maknanya tinggal 11 bulan saja untuk berada di tahun 2011. Apa dah jadi dalam 36 hari yang lalu.....??
Jasa...... berapa banyak jasa yang telah dibuat...... untuk siapa ?.... apa nak diisi dalam 360 hari tahun ini...?
.... YA ALLAH sepanjang kau beri ku kesempatan yang ada.... kau peliharalah imanku....
kau peliharalah cintakasihku.... isteridan anakanak.....
kauberilah kejayaan sebagaimana yang kami harapkan dari kekuasaan mu itu..... permudahkanlah urusan kami .... sesungguhnya engkaulah yang maha mengurus masa.....
rahmati kami dengan kurniaan keredhaan mu hari ini lebih baik dari semalam......

cukup dahulu..... salam sayang untuk cintakasihku....