Selasa, 15 Disember 2009

Menyekah Lelehan Airmata

Lima puluh empat tahun yang lalu.... aku dibawa ke situ, Padang Lalang Tangkak. Kehangatan pejuang-pejuang memerdekakan tanahair tercinta. aku tak tau apa tapi aku nampak ibu dan ayahku sering duduk berbincang dengan teman-teman seusia mereka. Ada isyarat-isyarat tangan yang aku tak faham. Genggam penumbuk.... menjulang ke langit dengan tegas. muka serius saja .... mulut ternganga-nganga.... hujung suara bunyi "a...aaa...aaaaa". Nampak penuh semangat.

Lima puluh tiga tahun yang lalu..... setelah setahun aku menghirup udara kampung terjajah.... berita terbaik yang aku faham dan aku terima ialah MERDEKA......

.....Aku rakyat merdeka....???.... Alhamdulillah.

Apa beza rakyat merdeka dengan rakyat tak merdeka.... dijajah ????

ha.... sebut..... catat...... banding..... ingat..... insaf......

Empat puluh enam tahun yang lalu...... dengan bangganya aku melangkah ke bilik darjah satu di SK (L) Bandar Tangkak. Semua kawan yang aku temui "lelaki" . Guru darjah satu Puan Siti Khadijah Sulaiman. Berbaju kurung putih berkain batik bertanah hijau. Senyum dan ramahnya itu menyebabkan aku tak kekok ke sekolah setiap hari. Aku ingat guru bahasa inggeris Puan Fatimah Abd. Rahman.... garang..... ngeri aku ..... bahasa penjajah yang diajarnya menyebabkan aku menolak dia.... garang.... ( ingat para guru..... jangan amalkan sikap ini>>>).... Aku sayang cikgu Muhammad Joned.... ajar lukisan....aku minat..... Ustaz Atan Kadir.... ajar agama......
Cikgu Haji Haron Musa..... ajar Bahasa. Cikgu Wahid Saiman..... cikgu Maimunah Datok Haji Ahmad, Cikgu Abdullah Arif..... Guru Pengakap.... Cikgu Fadzil Abu Bakar.... Cikgu Wan.....(L) aku lupa nama penuhnya.... Cikgu Yusoff Alwi (ustaz)..... Guru Besar....Tuan Haji Othman bin Kecik......

Enam tahun aku di situ...... Aku ingat kawan-kawan Mokhtar Mohd Diah, Johari Yusof, Hussein Kadua, Tarmidi Abd. Rahim..... Khalid Ibrahim, Musa Abdullah, ....Mustaffa Musa.... Mohd Ali Hamid .....Mohd Salleh Hashim.... Mohd Nor.... Razali Abd Hamid..... Yusof Othman..... Yusof Lewat... Abdul Rahman ( Anjung Batu)....Moin Ibrahim...... Hamzah Wahid.... Zakaria Hassan.... Aziz Md Isa........ Borhan Abd Rahman...yang lain aku lupa rupa dan nama..... maaf..... tapi mereka kawan aku. Semua sebaya.... satu kelas...... Hari ini ..... ada yang masih ada .... ada juga yang sudah pergi dahulu..... ada yang selalu jumpa dan aku tau kerjaya mereka..... tapi ada juga yang aku tak pernah jumpa sejak tahun '69.

Aku nak sangat jumpa "MUSTAFFA MUSA"..... budak Air Panas..... pandai..... anak mandor estate..... sering nombor satu..... sekolah Ugama sampai darjah enam..... pandai mengaji..... hebat dia.... pen dia boleh terpacak atas meja kayu..... dan boleh guna terus tak rosak..... ( Semoga Allah memberi peluang aku berjumpa dia lagi....).... mungkin dia jadi profesor.... doktor atau hakim.....

Empat puluh tahun lalu..... aku melangkah ke SM Tun Mamat Tangkak.... di Bangunan SM Ledang..... Jalan kaki ke sekolah..... jauh...... dua km .... tapak kasut berlubang alas dengan kertas tebal..... alas dengan upih..... kalau cerita dengan anak-anak ..... mereka tanya kita semula ......... "ia-keeee ???".....

Aku ingat Cikgu Salim Naim...... (Dia kata dia terlupa / tertinggal alamat rumah..... bila aku minta alamat rumah dia.... <>>>>) Cikgu Manap Samad..... Cikgu Muhammad Othman.....( angin tak boleh baca.....) Cikgu Ramli Md.Dali..... Mr. Foo..... Cikgu Basirah Jamal...
cikgu Nordin...... ada kereta fiat biru..... haji yusoff Samad..... cikgu Jamil.... ajar sains..... cikgu Mokhlis Sumrah.... Ustaz Mokhtar...... Mr.Chew..... Mr. Balakrisnan.... GB Hj.Aziz Hussein.

Kawan-kawan baru aku bertambah..... Adam Yunos, Ramli Ibrahim, Suboh Md Tap..... Salleh , Fatimah Yassin, Siti Khadijah Hashim ,..... Misnah Tompang, Norhuda Saimon .... Kalsom Abu Bakar,Yahya Atan, Muslimah Abdullah, Yem Saibon, Hamdan Abdullah..... Sarmunah Kahar.... Suhadi Komar, Mariam Mazlan.... Mazlan Ahmad.Khalid Fajar..... Roliah Gharip.... Asiah Yusoff. Rajis Ali....Bakhtiar Kassim....

Tiga tahun selepas itu aku berada di SM Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati.... Pak Mat Bas Sekolah ..... bawa ulang alik dari tangkak ke sekolah.... kekadang aku naik basikal atau naikbas biasa. di sini aku berguru dengan Cikgu Dzulkarim Daud..... cikgu Rahman Yusof, Cikgu Ghani Samad.... Cikgu Sulaiman Md.Dom..... Cikgu Jabbar...... Cikgu Haji Shukur Md Dom.......
Cikgu Ratimah , Cikgu Zaiton..... Cikgu Sulaiman..... Cikgu Ahmad Kamal...... cikgu Ahmad Khamis, Ustaz Suwardi..... cikgu Hawa..... (SRT)........dan......dan.....

Dapat lagi kawan baru...... Muhammad Bodot, Sipat Ghayati, Ram Jamal, Hamdan Indah........
Jamaluddin..... Solehan...... Mohd Shakeh Jabar..... Gazali Abu Bakar.... Supian Ashari Yatim......
Ishak ( Kesang Tasik)....
Tahun 1975 aku berada di SM Dato Sri Amar DiRaja , Muar.... Cikgu Ramli Badawi.... Cikgu Hassan Othman, Cikgu Adnan Khamis...... Cikgu Hashim Ismail, Cikgu Baharuddin Hassan, Cikgu Rahim Omar, Cikgu Abdul Aziz Bakar, Cikgu Haji Jamean Jaafar.......Cikgu Kamariah...... Cikgu Halimah Nabil..... Ustaz Ahmad Tunggal..... Cikgu Rahim Salleh..... Ustaz Alias..... Cikgu Maimanah...... Cikgu Suradi....... Pengetua Cikgu M Zin Sham.....

.......... akan disambung ........

Ahad, 29 November 2009

Harap masih sempat.

Hari ini 29 Nov 2009, hari ke3 Aidil Adha . Jam 6:27 pagi tersadar dari lena yang panjang..... pantas ada tugas yang belum selesai...... masih sempat....!!!.... Doa harian aku panjatkan...... untuk ibubapa, untuk anak-anak untuk isteriku dan aku.......


jam 7:30 pagi...... suasana damai ( kampung ....) burung-burung sedang sibuk senamrobik.... sambil tertinjau-tinjau mangsa ..... macam pergi pasar...... aku terpaku depan tv: berita jam 7:30. ..... kesah kematian dari bot karam...... tentu ada yang tak sempat dibuat atau ditunaikan oleh mangsa........ jadi sejarah pada keluarga yang tinggal.


Cintasayangku sedang buat sarapan di dapur, sempat tak aku jamah sarapan itu..... hukum akal tentu boleh.... jarak masa tak lama... sebentar lagi tentu siap. Aku akan bersarapan ( lempeng kegemaran dengan kuah gulai ikan) : Hukum ALLAH..... tidak dapat dianjak jika tiba masanya. Ya Tuhan berilah kesempatan itu.


Selesai sarapan.... sempat aku berbual dan bergurau seperti biasa.... sempat juga aku makan beberapa keping lempeng..... sedap.ALHAMDULILLAH.


semoga aku masih ada kesempatan / peluang mengisi masa yang sentiasa berlalu... amin.


Sabtu, 28 November 2009

Demi Masa

Kesedaran yang mendalam , meletak diri ku ini seperti tidak berharga. Mengingat masa lalu begitu kosong tanpa cebisan kebanggaan. Nak bawa insan lain untuk dihargai .... seperti menipu keupayaan sendiri. Diri sendiri tidak berupaya mencari titik-tolak agar dihargai.

Demi masa...... aku tidak mahu terus dalam kerugian.....(>>>sesungguhnya manusia dalam kerugian) .......

Jumaat, 27 November 2009

muqaddimah..

Buat seorang insan..setiap catatan hidup ialah penanda kembaranya yang ditandai pula oleh cebisan riwayat dan peristiwa..untuk itu,maka bermadahlah masa~~