Isnin, 25 Januari 2010

BALASUNGKAWA....

TANGGAL 23 JANUARI 2010
JAM 7.15 PETANG. DI HOSPITAL PUTRI JB.
DYMM Sultan Iskandar Johor telah mangkat dalam usia 77 tahun.

Almarhum merupakan pemerintah Johor yang ke 24, menjadi Sultan Johor Moden yang ke 4 , selepas Sultan Abu Bakar , Sultan Ibrahim dan Sultan Ismail .

Seluruh Negeri Johor berdukacita..... Sultan berjiwa rakyat pergi untuk selamanya. Mendung dan suram sejak pagi tu rupa-rupanya tanda sedih mengiringi pemergian seorang raja berdaulat.

Anakanda sulung baginda Tengku Ibrahim Ismail, ditabalkan mengganti almarhum sebagai Sultan Johor ke 25 atau Sultan ke 5 untuk Johor darul ta'zim - Johor Moden. Sultan Ibrahim ini merupakan raja yang menjadi kebanggaan rakyat johor. Sejak tahun 2002 Baginda memulakan program "Kembara Mahkota Johor"..... menjelajah segenap pelusuk negeri..... bermesra dengan rakyat, Beradu, santap, bermain.... bersukan.... gotong royong.... dan macam-macam ..... tak kira apa bangsa, suku ..... kampung, desa, pekan atau bandar....... singgah sekolah atau mana-mana.... menggunakan moto berkuasa besar...... dengan rombongan yang besar pula. Walaupun semua rakyat menjadi penat menanti kehadiran baginda.... tetapi semua mengakui seronok dan berbangga mendapat raja yang penyayang .... akhirnya menjadi sultan memerintah negeri berdaulat.

Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmudiah JB. Beribu rakyat hadir memberi penghormatan terakhir.... DYMM Raja-raja Melayu , TYT Yang diPertuan Negeri-negeri.... para menteri besar..... menteri kabenet dan orang-orang kenamaan hadir......Sultan Berunai..... PM Singapura..... dan duta-duta asing hadir juga....... mereka dengar talkin....... itu yang penting.

Seluruh Negeri Berkabung 7 hari..... Seminggu rakyat Islam (L) kena guna songkok berkain lilit putih.... (P) bertudung putih. Bukan Islam....(L/P) kena pakai hend band pada lengan baju kiri warna hitam...... begitu juga yang pakai uniform kerja, Bendera negeri dikibar separuh tiang.... seminggu. Acara hiburan tak dibenar selama seminggu...... Majlis Tahlil dan Yassin setiap masjid dan surau - lepas magrib selama seminggu juga. Kerabat kena berkabung selama 40 hari.

Apa-apa pun..... kita serah pada Allah yang memberi rahmat pada almarhum , Ingatlah kita 5 perkara sebelum tiba 5 perkara.......

3 ulasan:

  1. even di Mesir ni pun terse pemergian baginda..;( (teringin nak tgok mcmne seluruh negeri berkabung..~)

    BalasPadam
  2. maak ai~..seminggu?!!...hurm~...simpati utk rakyat johor..dari insan diperantauan...hehehe

    BalasPadam
  3. ceh..mcm jao sgt org kt prantauan tuh~~..terkejut len mcm jek..huhu

    BalasPadam