Sabtu, 6 Februari 2010

MARI TERUS BELAJAR...

Alangkah ruginya kalau ada perkara yang masih kita tidak tau..... walhal orang lain sudah lama tau. yang ruginya kita sendiri. (padan muka aku....) macam cerita pak tahu......


Pak Tahu merupakan seorang yang rajin berkerja. Tak kiralah apa sahaja kerja .... asalkan boleh menambah rezeki ..... tapi halal. Pak Tahu ada seorang isteri yang jelita. Apa gred jelitanya kita tak perlu cakap dulu. Cuma namanya saja kena ikut nama suami..... maka si jelita itu dipanggil Mak Tahu. Alhamdulillah tersangat bahagialah hidup suami isteri ini. Erti kebahagiaan itu bertambah bermakna bila mereka dikurniakan seorang cahayamata montel.... gebu..... putih melepak..... bernama TAHU.


Suatu hari yang cerah, angin kering bertiup dari arah barat. Berkibar bendera kemegahan negara di hujung tiang depan balai raya kampung Pak Tahu. Pak Tahu tak tahu angin itu angin barat.... dia tak ambil tahupun pasal arah angin, dia bukan nelayan yang nak naikkan layar untuk belayar ke tengah laut. Pak Tahu pun tak tahu yang terikat di puncak tiang itu bendera kebanggaan orang kampung termasuk dia dan seluruh rakyat lain. Pak tahu tak tahu macammana nak huraikan rasa bangga ada bendera itu. Malang sungguh tak ada orang yang beritahu Pak Tahu apa yang mereka tahu .


Suatu pagi yang nyaman, di celah kokokan si biring ayam jantan kesayangan Tahu, tampillah makcik Mak Tahu di muka pintu rumah Pak Tahu, kunjungan ini bukan apa sekadar nak tahu apa perkembangan hidup anak buah nya. Saja nak ambil tahu, nanti orang kata tak ambil tahu pula. kan tak baik. Pak Tahu terdengar bunyi tapak kaki kematu Makcik Mak Tahu Isteri nya yang juga Atuk Saudara Tahu anaknya. Dia sangat tahu tumit kaki Mak cik Mak Tahu pecah-pecah macam rekahan tanah sawah ketika kemarau tahun lepas. Pak Tahu sangat tahu tepi tumit itu warna gelap tanda sangat lasak menghentak bumi tanpa alas ketika berjalan keliling kampung. Bunyi tapak kaki itu memberi tahu Pak Tahu bahawa Atuk Saudara Tahu itu sudah berada di muka pintu dapur rumah Pak Tahu. Pak tahu memberitahu Mak Tahu perihal kedatangan Atuk Tahu di muka pintu. Mak Tahu macam buat tak tahu ajee. Pak Tahu tak tau kenapa Mak Tahu buat tak tau itu. Pak tahu bertanya "wahai Mak Tahu , awak tak tahu kee atuk Tahu ada depan pintu dapur...???" Mak Tahu menjawab "Tahu..... semalam lagi dia dah beri tahu nak datang..." sambil mengetatkan simpulan kain di pinggang .


Heran betul Pak Tahu, kenapa Atuk Tahu datang pagi-pagi tung-tung...Mak Tahu tak bagi tahu dia walau semalam dah dapat tahu. tentu ada rahsia yang dia tak tahu . Mengapa Mak Tahu berahsia tak bagi tahu sedangkan dia Sebagai Pak Tahu yang sah suami Mak Tahu yang juga bapa si Tahu.


Pening kepala Pak Tahu...... ( baik berhenti rehat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan